Followers

Thursday, December 23, 2010

Kesan Lain Dari Kesedihan

Terdpt beberapa tulisan Dr. Edward Bodowlski dlm bukunya, Leave Worrying & Seek Betterment, yg diterjemahkan. Beberapa judul bab dlm buku tersebut:
  • Apakah kesan kesedihan terhadap jantung
  • Tekanan darah tinggi disebabkan oleh kesedihan
  • Kurangi kesedihanmu demi penghadamanmu
  • Kesedihan boleh mengakibatkan rematik.
  • Bagaimana kesedihan boleh mengakibatkan selsema
  • Rasa sedih & kelenjar beguk.
  • Mangsa penyakit gula & kesedihan
Dr. Karl Maninger adalah seorg pakar penyakit jiwa dari Mayo, yg menulis buku bertajuk Man Against Himself. Dalam edisi terjemahannya, dikatakan: "Buku Dr. Maninger tidak akan memberi kaedah-kaedah tentang bagaimana menghindari tekanan. Tetapi buku tersebut hanya memberi laporan tentang bagaimana kita sendiri boleh merosak tubuh & fikiran kita dgn kegelisahan, kecewa, kedengkian, dendam, pemberontakan & rasa takut."

Ketengan hati, kedamaian perasaan, kelapangan dada dan kebahgian adalah salah 1 manfaat terbesar dari firman Allah:
"Dan org-org yg memaafkn kesalahan org." [Surah Ali Imran: 134]

Montaigne, penguasa & ahli falsafah kota Bodeaux, Perancis berkata: "Saya ingin membantu memecahkan masalah kamu dgn tgn saya, bkn dgn hati & paru-paru saya."

Kesedihan Dapat Menyebabkan Barah

Sementara penulis buku The Problem of Nervousness, Dr. Joseph F.Montagno, berkata: "Punca barah yg anda tanggung bukan berasal dari makanan yg anda makan, tetapi kerana sesuatu yg memakan dirimu."

Seiring dgn majalah Life yg menyebut bahawa barah ini menempati urutan kesepuluh dlm senarai penyakit yg blh membunuh.

Wednesday, December 22, 2010

Kesan Buruk Kesedihan, Kebimbangan & Kedengkian

Dr.Russell Cecil dari fakulti perubatan Universiti Comell menyebut adanya 4 sebab utama yg membuat goyahnya persendian:

1. Hancurnya rumah tangga.
2. Bencana yg bersifat kebendaan & kesedihan.
3. Kesunyian & kecemasan
4. Perasaan terhina & dendam kesumat.

Dr. William Mark Gaugil dlm 1 pidato ilmiah di dpn Persatuan Doktor Gigi Amerika, berkata "Perasaan yg tidak bahagia seperti cemas & takut sangat mungkin untuk memberi kesan terhadap sumbangan kalsium di dalam tubuh & akn mengakibatkan kerosakam pd gigi."

Sunday, December 19, 2010

Maksiat Sbg Punca Kpd Kesusahan

Di antaranya ialah perkara-perkara yang berikut:

1. Perhubungan yg terganggu antara hamba & Tuhannya: "jgn lg mrka blaku demikuan! (kalau tidak), mereka pd hari itu, ttp terdinding dari (rahmat) Tuhannya." [Surah Al-Mutaffifin: 15]

2. Si makhluk merasa smkn trasing dr Tuhannya. Jika merasa bhw tndakknnya buruk maka dia berburuk sangka kpd Allah.

3. Murung yg berlarutan: "(Keruntuhan masjid) yg dibina oleh mereka yg munafik itu sentiasa mnjd penyakit syak & keluh-kesah (lebih drpd yg sedia ada)." [Surah At-Taubah: 10]

4. Kehadiran rasa takut & goncangan di dlm hati: "Kami akn isikn hati org-org kafir itu dgn prsaan gerun, d sebabkn mreka mempersekutukan Allah." [Surah Ali Imran: 151]


5. Hidup yg serba sukar: "dan sesiapa yg berpaling ingkar dr ingatan & petunjuk-Ku maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yg sempit." [Surah Taha: 124]

6. Hati yang keras & gelap: "dan kami jdkan hati mereka keras membantu" [Surah Al-Maidah: 13]


7. Muka yg muram: "Manakala org-org yg tlh hitam legam mukanya, (mereka akn ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman?" [Surah Ali Imran: 106]


8. Adanya sikap benci yg sangat kental di dalam hati tiap makhluk: ''Kamu adalah saksi-saksi Allah di bumi-Nya." [Hadis Nabi]


9. Rezeki yg sempit: "Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (melaksanakan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil & apa yg ditutunkan kpd mereka dr Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akn mkn (yg mewah) dr atas mereka (langit) & dr bawah kaki mereka (bumi)." [Surah Al-Maidah: 66]


10. adanya kemarahan Yg Maha Pengasih, keimanan yg menurun, & ditimpa musibah & kesedihan:
"Dengan sbb itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu." [Surah Al-Baqarah: 90]

"Sebenarnya! (Ayat-ayat kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka tlh didelaputi kekotoran (dosa), dgn sbb (perbuatan kufur & maksiat) yg mereka kerjakan." [Surah Al-Mutaffifin:14]

"dan mereka(kaum Yahudi) berkata pula: 'hati kami tertutup (tidak dpt menerima Islam)'." [Surah Al-Baqarah:88]

Pendinding Bagi Org Yg Tkt Terhadap Pendengki

  1. Membaca doa-doa yang sifatnya memohon perlindungan (mu'awwizat), zikir-zikir & doa apa shj.         "dan dr kjahatan seorg yg dengki apabila dia mendengki" [Surah Al-Falaq: 5]
  2. Menyembunyikan rahsianya terhadap org yg mendengki:                                                               "janganlh kamu masuk (bersama-sama) melalui satu pilihan dan masuklh melalui gerbang yg blainan." [Surah Yusuf: 67]
  3. Menjauhi si pendengki itu:                                                                                                                  "dan jika kamu beriman kepadaku maka biarkanlah aku(memimpin Bani Israil)." [Surah Ad-Dukhan: 21]
  4. Berbuat baik kpdnya untuk menolak kemungkinan kejahatan yg dtg drnya:                                     "tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yg baik" [Surah Fushshilat: 34]

Saturday, December 18, 2010

1 Ubat Dibuat Dari 6 Resepi Yg Berbeza

Tahukah anda org yang d timpa musibah mempunyai 1 ubat dari 6 resepi yg berbeza.
  1. Percaya sepenuhnya kepada Allah.
  2. Kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku.
  3. Sabar adalah senjata paling bekesan yang digunapakai oleh orang-orang yang mendapat ujian.
  4. Jika saya tidak sabar lalu apa yang saya lakukan. Dan saya tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah.
  5. Mungkin sahaja saya akan berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada keadaan saya sekarang ini.
  6. Dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka

Friday, December 17, 2010

30 Kaedah-kaedah Menuju Bahagia


Hari ini saya akan berkongsi kaedah-kaedah menuju bahagia yg saya baca dari buku Jangan Bersedih ditulis oleh Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni..
  1. Insafilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam sempadan hari ini sahaja maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan, dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. Inilah makna sabda Baginda Rasul: ''Jika pergi, janganlah menunggu petang: dan jika petang tiba, janganlah menunggu waktu pagi'' 
  2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada yang sudah lalu merupakan kebodohan dan kegilaan.
  3. Jangan meyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
  4. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadikan orang yang teguh pendirian, dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
  5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
  6. Sesiapa menghendaki ketenangan, kedamaian, dan kesenangan maka dia perlu berzikir kepada Allah.
  7. Hamba perlu menyedari bahawa tiap-tiap sesuatu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.
  8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.
  9. Persiapkan diri anta untuk menerima kemungkinan terburuk.
  10. Kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri anda.
  11. Semua qadha bagi seorang Islam baik adanya.
  12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
  13. Anda gemar dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.
  14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.
  15. Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.
  16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
  17. Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan.
  18. Jangan sekali-kali gagal hanya kerana perkara-perkara yang tidak mustahak.
  19. Sesungguhnya Tuhan Maha Luas ampunan-Nya.
  20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah.
  21. Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada.
  22. ''Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.'' [Surah Az-Zariyat: 22]
  23. Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
  24. Pada orang-orang yang ditimpa musibah itu ada teladan.
  25. Sesungguhnya jika Alah mencintai suatu kaum maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.
  26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.
  27. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkan, dan tinggalkanlah kekosongan atau penganguran.
  28. Tinggalkanlah semua desas-desus, dan jangan percaya kepada khabar angin.
  29. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
  30. Semua musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.

Salam Perkenalan buat semua..

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi dgn limpah kurnianya blog saya ini dpt d hasilkan..

Saya seorg yang masih baru lagi dlm dunia blogging. semoga d permudahkan segala urusanku.. amin..