Followers

Friday, December 17, 2010

30 Kaedah-kaedah Menuju Bahagia


Hari ini saya akan berkongsi kaedah-kaedah menuju bahagia yg saya baca dari buku Jangan Bersedih ditulis oleh Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni..
  1. Insafilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam sempadan hari ini sahaja maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan, dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. Inilah makna sabda Baginda Rasul: ''Jika pergi, janganlah menunggu petang: dan jika petang tiba, janganlah menunggu waktu pagi'' 
  2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada yang sudah lalu merupakan kebodohan dan kegilaan.
  3. Jangan meyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
  4. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadikan orang yang teguh pendirian, dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
  5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
  6. Sesiapa menghendaki ketenangan, kedamaian, dan kesenangan maka dia perlu berzikir kepada Allah.
  7. Hamba perlu menyedari bahawa tiap-tiap sesuatu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.
  8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.
  9. Persiapkan diri anta untuk menerima kemungkinan terburuk.
  10. Kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri anda.
  11. Semua qadha bagi seorang Islam baik adanya.
  12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
  13. Anda gemar dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.
  14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.
  15. Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.
  16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
  17. Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan.
  18. Jangan sekali-kali gagal hanya kerana perkara-perkara yang tidak mustahak.
  19. Sesungguhnya Tuhan Maha Luas ampunan-Nya.
  20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah.
  21. Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada.
  22. ''Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.'' [Surah Az-Zariyat: 22]
  23. Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
  24. Pada orang-orang yang ditimpa musibah itu ada teladan.
  25. Sesungguhnya jika Alah mencintai suatu kaum maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.
  26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.
  27. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkan, dan tinggalkanlah kekosongan atau penganguran.
  28. Tinggalkanlah semua desas-desus, dan jangan percaya kepada khabar angin.
  29. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
  30. Semua musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.

1 comment: